Friday, October 19, 2012

Bila Encik Suami kene Outstation

actually dah agak lama encik suami tak kene pergi outstation..lepas kene transfer jaga projek vietnam ni belum pernah lagi dia tinggalkan kami anak beranak..kalau dedulu time kat department lama kene outstation dia akan angkut kami semua ikut sekali...mana boleh berenggang lama...kali ni terpaksa tinggalkan 3 hari untuk field trip di Halong bay dekat dengan Hanoi..berkerja sambil bercuti katanya..nyampah!...nak ikut memang tak sesuai sebab kene naik bot, masuk gua keluar gua, naik bukit turun bukit so tak sesuai untuk baby..kalau saya sorang dah lama saya ikut sekali...

sepatutnya kami plan nak holiday ke Osaka Jepun minggu ni tapi dah terbeli sofa pulak last week so change of plan instead bercuti oversea cari je vacation dalam vietnam..some of locals sini suggest ke Na Trang (pronounce as "Na cang")..dekat belah tengah vietnam...tak boleh naik kereta sebab jauh..lebih sesuai naik flight..lagipun highway sini tak mcm highway pun ala ala jalan kampung kat malaysia...Na Trang ni tepi pantai yang sangat cantik..pasir pantai yang putih kalau tengok dalam gambar..kalau nak tahu detail boleh la google..nasib belum beli tiket kalau tak hangus gitu je duit sebab dapat tau kene pergi field trip ni last minute..

at first encik husband takmo pergi sebab tak sampai hati nak tinggal saya alone with the babies..ingat senang ke nak jaga sorang anak anak yang kecik ni..yang kakak tengah active exploring the world and si adik pulak asyik nak kene berpeluk..sampaikan nak ke toilet pun nak kene lari laju laju...tapi saya suruh jugak dia pergi sebab ni la opportunity for him untuk kenal tempat dan peluang macam ni bukan datang selalu..encik suami siap offer nak panggil my mom from kl datang temankan sepanjang dia takde 3 hari but i refuse sebab last time dia jaga kat kl masa tu tengah sarat pregnant dia tak menolong sangat jagakan Rahil..yup dia tolong masak n tolong kerja rumah while me busy menyiapkan tempahan jahit..mandi, berak kencing, makan minum Rahil n all about Rahil saya yang uruskan walaupun masa tu i really appreciate a hand untuk tolong tengok tengokkan Rahil while me busy dok pulun siapkan tempahan jahit before terberanak..but my life here is so much differant from kl..i dont need anyone to cook for us sebab most of kedai kat sini ada perkhidmatan free delivery..n offcourse kalau encik hubby takde automatically dapur takkan berasap..order je more convenience..kemas rumah akan ada housekeeping datang selang sehari...then encik suami give me another option ambik helper untuk temankan saya with the kids sebab ada a few of his collegue kat sini ambik orang muslim champha jadi orang gaji..owh yang option ni lagi la saya taknak sebab saya taknak strangers jaga anak saya..sanggup jaga anak sendiri..takpe la i can take care of my own kids..lagipun im the one yang lahirkan dorang so susah ke senang ke selagi ada kudrat ada nyawa biar la saya yang besarkan dorang...because i dont like the idea bagi anak dekat pengasuh...no no no for me..selagi keadaan tak memaksa selagi tu NO to pengasuh..saya boleh asuh anak saya sendiri..kecuali ambik maid untuk kemas rumah itu ok...lagipun saya perlukan someone to help me time malam je itu pun untuk tidurkan Rahil sebab time malam Rahil biasa tidur dengan daddy dia since Hawla lahir..yang lain i can do by myself...dan the only person yang tahu tidurkan Rahil is my dearie husband and me myself je...

bukan saya tak boleh tidurkan Rahil tapi bila Rahil with her sister dia takmo tidur..asyik nak main je..karang dia dok kacau adik dia tidur..dia sayang adik dia..kejap kejap karang dia datang cium adik..susah adik dia nak tidur nanti...and at the same time i have to make sure Hawla tidur so that i can have my night sleep jugak..dah la siang saya tak tidur..pagi pulak bangun awal..since ada anak 2 orang ni makin tak cukup tidur...i dont mind kalau tak tidur siang tapi jangan tak tidur malam..kalau tak tidur malam rasa macam nak gila...seriously saya akan rasa macam out of my mind...nanti start la saya akan naik mengamuk-ngamuk..which i hate to do the most...sebab tu time tidurkan anak anak hubby akan tidurkan Rahil dalam 2nd bedroom then bawak masuk dalam master bedroom..

so last wednesday seawal pukul 4am encik suami dah gerak ke airport..flight ke hanoi pukul 6am..tapi saya dan anak anak tak dapat nak hantar 1st sebab awal pagi, 2nd sebab payah nak handle anak 2orang kalau keluar sorang..dekat rumah tu takpe la..lagpun 2-2 anak kecik lagi..tunggu la kakaknya besar sikit baru berani keluar sorang with 2kids..siang hari mcm biasa je sebab dah biasa time hubby kerja tapi bila malam start rasa something is missing..terasa lonely without my hubby by my side..sila la cakap saya jiwang..tapi bila tengok keletah anak anak terubat la sikit rindu tu...1st time saya tidurkan both anak sendiri..berdebar jugak..alhamdulillah Allah dengar doa saya..Rahil senang je tidur..lepas bagi dua -dua minum susu kenyang kenyang...baby Hawla tidur dekat belah kanan saya n Rahil pulak tidur belah kiri..tanpa perlu tepuk hanya baca alunan zikrullah 2-2 tidur dengan senang..bila 2-2 anak dah lena baru la mummy ni boleh lelapkan mata...Alhamdulillah

malam ke-2 pun gitu jugak..alhamdulillah lepas jugak cabaran ni..yeayyy!..i know i can do it dengan izin Allah jugak...so kepada encik hubby sila bagi saya hadiah sebab being such a good wife (hahahaha angkat bakul sendiri)...saya nak LV neverfull GM yang ada personalise nama saya sendiri tu ye..kikiki...


tengok budak ni..daddy dia sibuk nak packing dia pun sibuk main ipad pulak dalam luggage..hahah soo cute tengok keletah dia

3hari encik suami takde 3hari jegak saya men"order" je kat luar..malas nak masak..1st day order kat Alibaba, 2nd day kat Kedai Shamsudin n 3rd day Alibaba again..sangat suka cheese nan kat Alibaba..korang kalau datang sini sila la try cheese nan kat Alibaba ye..sedap!

tajuk makanan ni Mint Lamb dari Alibaba..best tau cicah dengan cheese nan or makan dengan nasi panas

yang ni pulak chicken samosa also from Alibaba..i love the crust sooo much...rangup n sedap..isi ayam dalam tu pun banyak..

baby Hawla terpaksa share stokin kakak Rahil..socks dia semua dah ketat sendat teramat..sampai berbirat merah bila pakaikan..risau pulak darah tak jalan..weekend ni nak ajak encik suami pergi beli stokin

our lovely baby hawla..dulu masa lahir halus je...sekarang nak dukung pun tak larat..lenguh badan mummy wahai anak..

this is some of the picture from my photo stream yang encik suami saya ambik with his iPhone..sesiapa yang pakai produk Apple tahu la ape kebenda nya photo stream tu..tak reti mak nak terangkan..layan la pic ni...subahanAllah cantik ciptaan Allah


















Monday, October 15, 2012

Vincom Centre A HCMC

activity wajib weekend kami since dekat kl lagi mesti akan keluar merayap..everyweek mesti ada je benda yang nak di cari..kalau tak pun saje bawak anak-anak keluar ambik angin luar..especially mummy nyer nak kene release tension babe!..the whole weekdays duduk terperap kat rumah..takkan la weekend pun nak duduk rumah jugak..mau boleh jadi sasau..

dekat vietnam ni tak banyak mall sangat compare dekat malaysia..dekat sini concept street shopping sebab kebanyakkan orang vietnam guna motor..most of them takde kereta...even my gynea kat sini pun naik motor ok pergi kerja..kita tengok orang tu naik motor jangan ingat orang tu tak berduit or uneducated..kadang-kadang yang naik motor kat sini tu gaji berpuluh ribu..terperanjat mak bila my gynea cakap dia pergi kerja naik motor..kalau kat malaysia mana ada Dr pakar nak naik motor pergi kerja..koman koman naik honda ke toyota ke..ok lets go back to our story here..dah melalut jauh dah ni..10.10.12 hari tu new shopping mall baru bukak kat sini...dekat sebelah parkson district 1 area Rex hotel bla bla bla...actually dah ada dah vincom centre kat seberang jalan tu..tapi ntah kenapa developer tu kasi nama yang sama dengan mall ni kecuali ada huruf A kat belakang..kalau tak silap ada 6 tingkat kedai..ada banyak brand yang best best macam Hermes, Channel, Hugo Boss, CK, DKNY n bla bla bla..nak list down semua tak larat...memang target customer dorang is mainly vietnam yang kaya kaya n tourist...ala ala pavillion gitew

gambar ehsan dari pakcik google

so sabtu hari tu sebab takde tempat nak pergi maka kami pun ke sana la lepas makan dekat kedai Shamsuddin district 10...ingat kan kejap je nak jalan sana sebab takde benda pun nak dibeli..saje je nak cuci mata..so cakap kat our driver Mr.Vinh 3hours only tapi jadi 8hours..seriously tak sedar..sampai driver sms la tanya still nak guna kereta ke tak sebab terlupa nak update dia..kesian dia kene tunggu kitorg lama..masuk Vincom Centre A ni ramai la jugak org tapi banyak kedai yang still tak bukak..30% je yang dah bukak..nak attract orang membeli dorg ada buat opening promo utk siapa yang beli more than vnd2mil dapat voucher vnd150k..on top of that sesiapa yang bayar guna creditcard master card dapat additional vnd200k utk setiap pembelian vnd3mil..asalnya nak jalan jalan cuci mata bertukar jadi jalan jalan cuci poket sekali..this is what we get for ourself..hurmmm...camne nak saving ni~~~~

actually memang nak mencari ballerina sebijik lagi buat gilir gilir dengan kasut yang ada..terberkenan pulak dengan TH bellerina ni..ada 20%+4% discount kalau bayar guna hsbc..and my husband got himself a pair of TH jacket utk bawak pakai pergi office time sejuk katanya..yolahh 

periuk nasi yang hotel nikko provide utk kitorg yg jenis "cokia" punya...biasalah being me semua nak yang high end semua kalau boleh nak periuk nasi yang boleh sumbat USB sekali dalam tu so that bila masak dia ikut je resepi dalam usb tu bak kata encik hubby..cisss!....periuk yang dorang kasi tu bila masak nasi jadi melekat dekat periuk..dah la nasi sini jenis mcm pulut..selalu membazir sebab payah nak korek..isteri ni berniat baik ok takmo membazir duit suami...lagipun dekat KL dah biasa guna periuk micro-computer..senang sikit nak masak..just pilih "quick cook" then tak sampai 15minit dah masak nasi..n yang paling penting bila masak nasi tak melekat dekat periuk..takde la istilah membazir lagi...periuk ni multi purpose boleh masak slow cook, masak cake, poridge, brown rice, sticky rice n ntah pahape ntah la lagi..belum sempat nak godek...

ni my hubby punya toys..asalnya nak survey je home theatre..takbest tengok movie takde home theatre katanya..tapi terbeli jugak sebab kalau beli kat sini boleh dapat voucher punya pasal..kalau beli kat tempat lain tak dapat voucher..hambek kau sekali dia beli yang 7speaker terus..yolah sayang asalkan u gumbira!...owh tv tu hotel nikko punya..tapi tu pun ada angan angan nak menukar yang besar sikit + yang support full HD..erkkk

voucher yang masih berbaki..ada sikit yang dah pakai...valid till 11.11.12 ni..nak tunggu semua kedai bukak baru nak round lagi sekali kat sana..

teringin nak makan crepe..perut ni dah macam bocor pulak gamaknyer..asyik lapar je..ok la crepe kat sini..tapi portion sikit..tak cukup nak mengenyang kan perut yang besar ni..sighhhh

mintak lain yang lain dia kasi..hangin satu badan..tapi malas nak cakap sebab dorang bukan faham pun apa kita nak cakap..buat sakit hati..








Tuesday, October 9, 2012

Day 53 sudah

hmm pejam celik pejam celik dah 53hari my baby Hawla lahir..kakak nyer pulak will turns 1year 6months this month..kejap je kan masa berlalu...im a mother of 2 now..tak sangka..Hawla masih menyesuaikan diri kat dunia ni..almaklum la duduk dalam perut mummy kan lain..tido malam ok cuma before nak tido tu je agak struggle sikit..tapi bila dia dah tertido 3-4jam baru dia bangun utk next feeding..jaga Hawla is totally different dari jaga kakak dia...yela lain anak lain la ragam dia...dulu time Rahil kitorg memang tak ajar tidur atas katil sekali..but Hawla dok peluk je ngan mummy dia..dia tahu je bila mummy dia jauh sikit..kadang-kadang bila nak buat kerja terpaksa la pakai baby bjorn carrier..Rahil alhamdulillah clever girl boleh bawak diri sendiri..kadang-kadang kesian jugak dekat Rahil bila mummy asyik ngan adik je..maybe sebab tu kot bila daddy dia balik dia akan lebih manja n attached dekat daddy dia compare to mummy...sob sob sob mummy sangat jeles ok!..

rutin kakak Rahil every morning bila dia celik adalah cium adik tanpa di suruh..good girl!...sayang kakak kat adik ye..nanti jaga adik elok-elok ok sayang...lepas encik husband pergi kerja around 8.20am gitu bermula la rutin harian yang lebih kurang sama je tetiap hari kecuali weekend je lain sikit...setiap hari isnin, rabu & jumaat ada housekeeping datang bersihkan rumah so 3hari ni memang kelang kabut sikit sebab housekeeping selalu datang around 9.30am..kene make sure anak-anak dah siap mandi minum susu n settle segalanya dan jugak mummy kene siap mandi semua..selalunya rumah siap kemas around pukul 10.30am then pukul 11am dah kene "berperang" dekat dapur nak siapkan lunch encik husband...pukul 12.15pm encik husband dah terpacul depan pintu rumah nak makan..pukul 1.30pm encik husband balik office balik then nak tidokan anak-anak pulak especially kakak sebab adiknyer off course la kene tido lebih kerap...kadang-kadang dengan saya sekali tertidur..kalau tak tidur time ni jela yang ada nak ber"fb" nak main internet nak settle kerja rumah sikit-sikit dengan aman..pukul 5pm mandikan anak-anak..pukul 6pm encik husband balik rumah...pukul 9.15pm masuk bilik dengan baby nak tidurkan dia..Rahil terpaksa tidurkan kat bilik 2nd sebab kalau dia masuk sekali confirm dia payah nak tidur n nak main dengan adik dia..bila rahil dah lelap baru la daddy dia bawak masuk bilik master...

selain dari tu 2hari sekali kene basuh botol susu n sterill..bukan 2 bukan 3 tapi berbelas botol nak kene basuh..kalau malas mau 3hari - 4hari baru basuh botol susu..tengok mood..

7biji botol susu kakak Rahil..walaupun Avent selalu leaking susu kalau salah pasang nipple dia tapi saya tetap suka guna Avent sebab dia ada sistem airflex..

yang ni sebahagian botol susu Hawla yang dah dibasuh..sebab saya ada 2 breastpump so kene guna 2jenis botol la kan..1 avent manual pump lagi satu medela freestyle...even saya housewife saya tetap pump utk buat stok..so bila emergency ada la susu backup utk hawla..Hawla ada 10 botol susu medela 2oz, 10 botol susu medela 5oz, 2 botol susu avent 5oz n 2botol susu avent 9oz..banyak kan!..jenuh tau nak membasuh

yang ni parts botol Hawla n pump yang baru je sterile n basuh

steriliser ni baru je beli masa lepas bersalin hari tu..dulu-dulu steril guna dapur je..rebus botol susu dalam air panas megelegak..tapi payah la guna cara tu..nak kene tunggu air mengelegak satu hal..plus periuk takde yang besar kat sini..kalau guna steriliser yang ni kejap je..tak sampai 10minit dah habis steril semua botol...senang kerja..

gitu la rutin tetiap hari..apa-apa semua untuk anak-anak..dah takde masa untuk diri sendiri..tapi happy tengok anak-anak membesar depan mata..tengok gelagat masing-masing yang cute..selalu cakap kat husband bila dorg dah besar we will missed this moment kan kan kan...

saya masih struggle nak kuruskan badan..mau taknyer asyik makan je kerja..mulut asyik nak mengunyah..every 3-4days sekali kitorg akan pergi memborong roti kat breadtalk district 3...sekali beli dalam rm30-rm40..beli banyak-banyak buat stok utk 2-3hari...saya mmg pengemar roti n cake tegar..mana la badan tak montel..lemak kat perut ni dah mengelebeh dah..dah la corset pun pemalas nk pakai..lepas tu dok merungut gemuk gemuk gemuk..

hari tu beli kemeja 2helai size xl budget muat la..confident je muat sebab tak try langsung..nasib beli 2helai je..bali rumah sendat kat tang dada...bila button semua macam nak tercabut butang tu..huduh betul..sekali pandang kat cermin macam pakai baju sarung nangka pun ye gak..encik suami nak sedapkan hati isteri yang sedih ni dia cakap "ala esok lusa kurus la tu"...cittt..yela tu...

ni vitamin yang saya telan sekarang..masa pantang dulu tak makan pun jamu semua..sebab Hawla naik jaundise lepas makan NR phytonatal..so terpaksa stop ambik segala jamu kecuali vitamin yang Dr kasi..hari ke 45 baru consume balik phytonatal, virgin coconut oil dengan habatussauda...