Showing posts with label gift. Show all posts
Showing posts with label gift. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Al-fatihah untuk Khairina

Sabtu lepas saya diterima berita yang sangat mengejutkan dan menyedihkan..isteri kawan x-office mate meninggal akibat accident semasa mereka sekeluarga otw nak ke KLIA untuk bercuti di KK..arwah yang masa tu tengah pregnant anak ke-2 pergi menghadap Yang Maha Pencipta bersama anak yang dikandungkan meninggalkan suami dan seorang anak yang baru masuk 1tahun 25 April hari tu..

walaupun tak berapa rapat dengan arwah tapi permergian dia meninggalkan kesan yang agak mendalam dalam diri ni..anak pertama arwah lahir hanya beza 2hari je dengan baby saya..saya still ingat masa arwah baru pregnant,husband dia datang kat tempat saya dan mintak opinion nak pilih gynea yang mana..dan saya suggest gynea saya di PCMC..masa bersalin bilik kami hanya selang beberapa bilik sahaja..ingat lagi sehari lepas saya bersalin arwah datang dengan husband dia ke bilik saya bawak baby dia nak melawat saya..kali terakhir kitorg jumpa masa awal bulan April hari tu masa department husband saya ada buat potluck..arwah buat puding custard..sangat sedap!..sebelum arwah meninggal memang saya selalu teringat dekat dia nak mintak resipi puding custard tu..tak sangka arwah pergi dulu meninggalkan dunia..

Dan daripada Dia lah kita datang dan hanya kepada Dia kita akan dikembalikan..hari ni kita sihat tetiba esok lusa kita dah dijemput kembali kepada Allah..Ya Allah cukup ke amalan ku?...hidupkan kami dalam iman,matikan kami dalam iman dan masukkan kami ke syurga mu bersama dengan keiman kepada mu Ya Allah..

hari ni hari ketiga kenduri tahlil untuk arwah Khairina..husband je yang pergi..sempat jugak saya buatkan bantal untuk Karmila..saya sulam nama dia atas kain felt dan saya jahit atas kain cotton..walaupun bantal ni takboleh nak replace cuddle seorang ibu tapi sekurang-kurangnya saya doakan ia boleh membantu karmila tido nyenyak waktu malam..Karmila terlalu kecik untuk faham apa erti kematian..simpati dengan nasib Karmila yang kehilangan kasih sayang seorang ibu masa dia kecik..setiap kali pandang muka anak saya mesti teringat Karmila..saya doakan Karmila jadi anak yang cemerlang dunia akhirat..AMIN.. Al-Fatihah untuk arwah Khairina

sila abaikan kesan basah atas bunga tu..sebab saya nak hilangkan kesan erasable pen


Friday, April 20, 2012

FREE ~ NURSING COVER Giveaway

EXCLUSIVE FOR NURSING MUMMY & MUMMY TO BE

tapi kalau bapak-bapak nak join pun boleh..yang belum kawin kalau nak join pun boleh..pendek kata sesiapa pun boleh join kecuali PINKLOLIPOPS CRAFT family members je yang TAK dibenarkan join..

just ikut 2 simple steps.. 1st korang mesti "LIKE" page PINKLOLIPOPS CRAFT di facebook (http://www.facebook.com/profile.php?id=550093873#!/pages/Pinklolipops-Craft/345107972199157) atau boleh tengok kat sidebar belah kanan ada shortcut to facebook.. 2nd and final steps korang pergi dekat Nursing COver Giveaway punya gambar dan click share di wall masing-masing..kalau rajin boleh la buat entry pasal giveaway ni di blog masing-masing untuk double korang punya winning chances..tapi jangan lupa tinggalkan link blog di sini tau...giveaway berakhir pada 30th April 2012 before midnight dan pemenang bertuah akan di umumkan pada 3rd May 2012..postage di Semenanjung, Sabah & Sarawak ditanggung beres!..hanya LIKE & SHARE je..senang kannn..so jangan lepaskan peluang keemasan ni ok!

owh nursing cover ni handmade by myself using 100% english cotton..memang jenis cotton yang sejuk dan lembut..sangat selesa bila nursing baby in public..tak perlu cari tempat tersorok nak menyusukan anak dah lepas ni..al-maklum la di Malaysia ni tak semua yang bersifat terbuka terima concept nursing in public secara open..yup saya sangat faham perasaan ibu menyusu sbb saya jugak menyusukan baby saya...anyway Gud Luck semua!...jadikan breastfeeding sebagai sesuatu yang FUN utk berikan anak-anak susu yang TERBAIK dan bukan sesuatu yang menyusahkan insyaallah..


Tuesday, April 19, 2011

Baby Gift - Arham

baby gift lagi..kali ni utk baby Azran+ (alamak lupa plak nama wife dia)..hahah boleh plak..Azran ni office mate saya...tu la saya kata berderet2 org bersalin..lepas sorang sorang..alhamdulillah bertambah umat Rasullullah...actually towel ni dah siap since last week..tapi mcm biasa lambat ambik gambar..balik office dah malam..so bila malam kan quality gambar tak best sgt..kene la tunggu weekend..ok harap Azran n wife suka gift dari kami..congrats to both of u




Photobucket