Wednesday, May 2, 2012

Tempahan untuk Raya dibuka kembali!

Salam semua..ingat tak last week saya ada post pasal tempahan di tutup..atas permintaan ramai yang masih tak sempat nak hantar baju kini saya buka balik tempahan untuk Raya Aidilfitri..

Jadi kepada customer customer saya sayang boleh la hantar kain kepada saya before 25May ni ye..lepas tu saya akan tutup pintu tempahan rapat rapat..tawaran ni hanya untuk tempahan Raya sahaja tau..saya dah tak terima EXPRESS tempahan..maknanya sesiapa nak siap saya jahit baju in less than 2weeks saya mintak maaf bebanyak saya takboleh nak terima dah..

Sila hantar baju (boleh datang rumah saya di wangsamaju / kalau jauh boleh poslaju sahaja) before 25 may ye darling darling...baju hanya boleh siap di ambil masa bulan puasa SAHAJA..

Saya hanya terima tempahan utk baju kurung biasa dan baju kurung pesak gantung/pahang untuk dewasa dan kanak-kanak SAHAJA..baju jenis lain saya mintak maaf bebanyak ye saya tak ambik..

So cepat cepat hantar ok..jgn hantar last minute ye..memang sekarang tailor dah start tutup tempahan utk raya rapat-rapat..


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment