Tuesday, May 8, 2012

Al-fatihah untuk Khairina

Sabtu lepas saya diterima berita yang sangat mengejutkan dan menyedihkan..isteri kawan x-office mate meninggal akibat accident semasa mereka sekeluarga otw nak ke KLIA untuk bercuti di KK..arwah yang masa tu tengah pregnant anak ke-2 pergi menghadap Yang Maha Pencipta bersama anak yang dikandungkan meninggalkan suami dan seorang anak yang baru masuk 1tahun 25 April hari tu..

walaupun tak berapa rapat dengan arwah tapi permergian dia meninggalkan kesan yang agak mendalam dalam diri ni..anak pertama arwah lahir hanya beza 2hari je dengan baby saya..saya still ingat masa arwah baru pregnant,husband dia datang kat tempat saya dan mintak opinion nak pilih gynea yang mana..dan saya suggest gynea saya di PCMC..masa bersalin bilik kami hanya selang beberapa bilik sahaja..ingat lagi sehari lepas saya bersalin arwah datang dengan husband dia ke bilik saya bawak baby dia nak melawat saya..kali terakhir kitorg jumpa masa awal bulan April hari tu masa department husband saya ada buat potluck..arwah buat puding custard..sangat sedap!..sebelum arwah meninggal memang saya selalu teringat dekat dia nak mintak resipi puding custard tu..tak sangka arwah pergi dulu meninggalkan dunia..

Dan daripada Dia lah kita datang dan hanya kepada Dia kita akan dikembalikan..hari ni kita sihat tetiba esok lusa kita dah dijemput kembali kepada Allah..Ya Allah cukup ke amalan ku?...hidupkan kami dalam iman,matikan kami dalam iman dan masukkan kami ke syurga mu bersama dengan keiman kepada mu Ya Allah..

hari ni hari ketiga kenduri tahlil untuk arwah Khairina..husband je yang pergi..sempat jugak saya buatkan bantal untuk Karmila..saya sulam nama dia atas kain felt dan saya jahit atas kain cotton..walaupun bantal ni takboleh nak replace cuddle seorang ibu tapi sekurang-kurangnya saya doakan ia boleh membantu karmila tido nyenyak waktu malam..Karmila terlalu kecik untuk faham apa erti kematian..simpati dengan nasib Karmila yang kehilangan kasih sayang seorang ibu masa dia kecik..setiap kali pandang muka anak saya mesti teringat Karmila..saya doakan Karmila jadi anak yang cemerlang dunia akhirat..AMIN.. Al-Fatihah untuk arwah Khairina

sila abaikan kesan basah atas bunga tu..sebab saya nak hilangkan kesan erasable pen


1 comment:

  1. Salam Sis,sy follow your blog quite sometime tak sangka plak sis kenal arwah.satu tmpt keje dgn saya. tp saya mcm ingat2 lupa arwah sbb takpernah deal dgn staff yg ramai plak 600++.lgpun arwah ada cuti tanpa gaji haritu jaga anak.sebak juga satu bangunan ni sbb mengenangkan arwah & anak 5 bln dlm kandungan tu. dgrnya, ibu mertua arwah masih di ICU.semoga arwah ditempatkan bersama2 orang2 yg soleh.amin.

    ReplyDelete